Tuesday, June 29, 2010

Hari Ini....


Hari ini dekat sekolah aku, pagi tadi aku kena bertugas. Masa mula-mula aku datang, library belum buka lagi. Jadi aku ingatkan nak balik kelas balik. Tapi bila sampai saja dekat tangga, Ustazah Aiza tengah turun tangga... Aku pun ikut balik Ustazah sampai library... Lepastu, Ustazah suruh aku ambil kunci daripada Pak Jaga tu. Pak Jaga tu tanya aku, "Cikgu Sabariah belum sampai ke?'' Aku pun jawablah belum. Lepas Pak Jaga tu bagi kunci library, Ustazah Sabariah pun sampai... Aku pun terus pegi dekat ustazah. Ustazah tanya, ''Dah buka belum?(library) Aku jawab belum. Lepastu Ustazah bagi kunci library lagi satu. Ustazah suruh aku pulangkan semula kunci itu pada Pak Jaga.
Lepastu aku kena buka pintu library pula. Lepastu ada dua orang kakak ni datang; kakak tu pun buka pintu library...

Thursday, June 24, 2010

Kertas Periksa...

Tadi aku dapat kertas Bahasa Inggeris; aku dapat 87%. Semalam aku dapat markah Bahasa Arab & Akhlak. Bahasa Arab aku dapat 98%. Ustazah Mariam kata nanti ustazah nak bagi present dekat siapa yang dapat markah tinggi. Akhlak pula aku dapat 88%.

Tuesday, June 15, 2010

Tukar Gambar


Hari ini aku tukar gambar dekat profile aku. Gambar tepi kereta Toyota Corolla.

Assamualaikum

Hari ini aku tambah slideshow dekat Blog aku tajuknya ialah Kereta... Masa aku buat slideshow itu, adik aku tengah mandi; sambil dia mandi, dia menyanyi-nyanyi. Aku pun fikir, apalah yang dia nyanyikan itu...

Saturday, June 12, 2010

Assamualaikum

Hari ni aku tukar gambar kat profile aku tu. Aku letak gambar tengah baca buku. Masa tu dekat kedai Yong Tau Foo. Sementara tunggu orang tu masak, baik baca buku... Jadi aku tak lah buang masa....

Thursday, June 10, 2010

Keluarga Tersayang....created on 09062010

Elakkan PENCEMARAN

Pada suatu petang, di belakang rumah aku ada kebakaran.
Selepas semua adik-beradik aku mandi, kami semua bergegas ke belakang rumah untuk melihat kejadian itu.